Mengenai Kami.

Addura Marketing (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 15 September 1994 dan menjalani penjenamaan semula pada Jun 2002.
Pada tahun 2015, pengasasnya, Zarina Zainuddin, memutuskan untuk menjadikan minatnya dalam dunia masakan sebagai satu perniagaan. Ketika itulah beliau mula menceburi bidang makanan dengan menghasilkan Pulut Kuning Zarina Zainuddin (PKZZ) menggunakan resipi keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun dari rumah.
Dengan sambutan hangat dari pasaran tempatan dan antarabangsa, pengeluaran PKZZ kini diuruskan sepenuhnya dari Dapur Pusat Addura Marketing dengan 15 orang kakitangan yang menguruskan bahagian produksi dan pengurusan harian.
Pada tahun 2020, sistem retort sebagai kaedah pembungkusan baharu digunakan. Melalui teknologi ini, produk-produk PKZZ mampu bertahan lebih daripada Satu Tahun tanpa menjejaskan kualiti dan rasa. Inovasi ini turut membuka ruang untuk PKZZ menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih meluas.
Pencapaian Kami.
Bermula secara kecil-kecilan dari rumah sejak 2015 dan kini sudah berjaya membuka kilang dan dapur pusat yang memiliki peralatan dan mesin sendiri.


2015
Pulut Kuning Zarina Zainuddin diperkenalkan.

2017
Berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

2018
Mula beroperasi di kilang sendiri bersama pasukan produksi dan pemasaran.

2019
Berjaya memasuki rantaian kedai stesen minyak seperti Petronas Mesra, Petron Treats, dan Shell Select.

2019
Berjaya memasuki rantaian kedai stesen minyak seperti Petronas Mesra, Petron Treats, dan Shell Select.

2022
Berjaya memasuki pasaran Hyper Market seperti Lotus’s

2023
Melancarkan produk baru seperi Bubur Nasi Sambal, Nasi Impit/ Lontong, Daging Salai, Daging Masak Hitam dan Ayam Citra.